Sabtu, 17 April 2010

Photoshop: cara mudah hasil efek teks 3d

Untitled-1 copy

Pada kali ini, aku ingin berkongsi ilmu yang tak seberapa mengenai perisian photoshop. Aku nak berkongsi tentang bagaimana nak buat efek teks 3D dengan menggunakan photoshop. Teknik dapat digunakan bukan sahaja untuk teks tetapi untuk gambar juga.

Tutorial

1 copy

1. Buat satu file baru dengan klik File>New. Setkan nilai ukuran projek mengikut kehendak korang. Untuk tutorial ini, aku gunakan size 7 x 5 inci ( Size asal photoshop ) kerana senang untuk uploadkan kat dalam website nanti.

2 copy

2. Langkah seterusnya, klik pada ikon T ( atau tekan huruf T di keyboard ). Menu untuk edit teks akan keluar di bahagian atas.

3. Tetapkan jenis huruf yang tebal supaya efek 3D akan lebih menyerlah. Aku gunakan huruf jenis Poplar Std dan saiz 298.26 pt.

3 copy

4. Sengetkan huruf ‘a’ tadi dengan klik pada Edit>Transform>Skew ( Ctrl+T untuk shortcut ).

5. Setkan nilai H sebanyak 28.9. Korang boleh setkan nilai mengikut kesesuaian korang. Hasilnya adalah seperti di atas. Selepas korang berpuas hati dengan hasil korang klik Enter.

4 copy

6. Proses seterusnya adalah untuk menghasilkan ketebalan huruf. Klik pada ikon Move ( ikon paling atas di photoshop toolbar ) atau tekan huruf v ( shortcut ).

7. Tekan butang Ctrl ( shortcut untuk copy ) dan jangan lepaskan. Simbol tetikus seperti di atas ( highlight warna biru ) akan keluar.Ini menunjukkan anda bersedia untuk copy.

8. Ketika masih klik Ctrl, klik arah kiri .Lepaskan butang Ctrl dan klik bawah di keyboard. Layer bernama ‘ a copy ‘ akan keluar.

9. Ulang langkah 7 dan 8 sehingga layer ‘ a copy 30 ‘ keluar. Korang boleh menambah atau mengurangkan ketebalan mengikut kreativiti korang.

5 copy

10. Klik sekali pada layer ‘ a copy 30 ‘. Pergi ke layer ‘ a copy ‘ .Hold shift dan tekan pada layer ‘ a copy ‘. Layer ‘ a copy ‘ sehingga ‘ a copy 30 ‘ akan dihighlight seperti di atas.

11. Klik kanan pada mana-mana layer yang dihighlight tadi dan klik resterize type.

6 copy

12. Ulang langkah 9 dan klik kanan sekali lagi dan klik merge layer.

13. Layer yang banyak tadi telah dicamtumkan dan secara automatik dinamakan layer ‘ a copy 30 ‘.Layer ni adalah ketebalan bagi huruf a tadi.

7 copy

13. Seterusnya klik skali pada layer ‘a’. Klik ikon Text atau tekan huruf T. Tukarkan warna huruf ‘a’ kepada warna putih.

14. Klik sekali pada layer ‘a’ dan tarik layer itu supaya berada di atas layer ‘ a copy 30‘.

1

15. Untuk menghasilkan border huruf a .Klik 2 kali pada layer ‘a’ dan ikut tetapan seperti di atas. Warna yang aku gunakan adalah kelabu ( kod #999696)

8 copy

Inilah hasil efek teks 3D yang kita perolehi. Korang boleh menambah bayang dan menukar stail mengikut kreativiti masing-masing. Gambar di bawah adalah hasil aku menggunakan teknik ini.

Ini merupakan entri pertama aku untuk tutorial photoshop. Kalo ada kesilapan dan penambahbaikan boleh la korang letakkan di ruang komen. Selamat Mencuba :)

Untitled-1 copy

Designed by Animart Powered by Blogger